Hipokritkah aku?
20:51
Setiap langkah yang aku langkau,
Setiap inci langit yang aku teroka,
Satu soalan menerjah hati dan fikiranku,
"Hipokritkah aku?
Dalam aku bersujud kepadaNya,
Aku meminta Maghfirah,
Tetapi di luar sujudku,
Pelbagai khilaf yang aku lakukan."
Habis daya aku berfikir,
Adakah aku cuba menipu Tuhanku yang Maha Tahu?
Adakah aku berpura-pura di hadapan Tuhanku yang Maha Melihat?
Adakah aku berlakon di hadapan Tuhanku yang Maha Mendengar?
Adakah aku ini benar-benar cuba mencapai redha-Nya?
Mau futur saja berfikir.
Akhirnya ku biarkan soalan itu tanpa jawaban.
Sampailah saat waktu aku mendengar muzik-muzik barat,
Kononnya mahu release kan stress sewaktu study,
Tertekan satu surah.
Masya Allah.
Baru aku tersedar,
Fitrah manusia memang suka akan kebaikan.
Fitrah manusia memang mahu bertuhan.
Fitrah manusia memang mahu beriman.
Jadi, aku membuat satu konklusi.
Aku tidak hipokrit sewaktu aku meminta ampun dari-Nya.
Hipokrit itu pabila,
Aku still mahu melakukan khilaf,
Bila aku sedar,
Yang aku perlu meminta ampun dari-Nya nanti.
Hipokrit tu pabila,
Mulut bergerak menyebut yang sia-sia,
Anggota bergerak melakukan silap,
Mata memandang yang salah,
Sedangkan apa yang kau mahu itu hanyalah,
Suatu kebaikan.
Tu hipokrit.
Bahagia pabila bercakap soal yang tidak perlu itu hanya sementara.
Bahagia pabila melakukan khilaf itu hanya sementara.
Senyum ketawa tu sekejap sahaja.
Kau tahu kau nak apa.
So why lying to yourself by doing things,
That opposite to what your heart needs?
Hipokrit tu pabila,
Mulut bergerak menyebut yang sia-sia,
Anggota bergerak melakukan silap,
Mata memandang yang salah,
Sedangkan apa yang kau mahu itu hanyalah,
Suatu kebaikan.
Tu hipokrit.
Bahagia pabila bercakap soal yang tidak perlu itu hanya sementara.
Bahagia pabila melakukan khilaf itu hanya sementara.
Senyum ketawa tu sekejap sahaja.
Kau tahu kau nak apa.
So why lying to yourself by doing things,
That opposite to what your heart needs?
0 comments